Home

Latest News

 

Popular

Welcome to the Frontpage
KeADILan Sedia Hadapi Pilihanraya PDF Print E-mail
Written by ainis azreen   
Friday, 15 February 2008 16:16

Parti pemerintah BN terpaksa mengadakan pilihanraya seawal mula bulan Mac kerana takut kehilangan sokongan rakyat akan terus menghakis kedudukan parti itu, kata Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.


Pada 13 Februari Abdullah mengumumkan pembubaran Parlimen secara langsung di televisyen. Pengumuman beliau bercanggah dengan kenyataan akhbar pada hari sebelumnya, namun begitu keputusan mendadak ini tidak mengejutkan ramai pihak.

Penganalisa-penganalisa politik meramalkan lagi lama BN memerintah, lagi kuat sokongan rakyat kepada suara pembangkang.

 

"Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi hari ini tidak mengejutkan, memandangkan bahawa kajian menunjukkan bahawa sokongan rakyat teramat rendah," jawab Anwar Ibrahim.


Mengulas dengan lebih lanjut, beliau berkata KeADILan sudah bersiap-siaga menghadapi cabaran PRU-12. Strategi diperkemaskan dan barisan parti-parti pembangkan dirapatkan dan Anwar yakin Barisan Alternatif akan memberi impak besar dalam pilihanraya kali ini.

 

"KeADILan siap sedia untuk mengatasi segala rintangan, termasuk halangan akses ke media dan gangguan yang berterusan pada setiap acara umum. Calon-calon kami telah bertungkus lumus untuk mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional dan menyampaikan matlamat kami yang bersandarkan harapan baru untuk Malaysia."

 

Jelas mantan Timbalan Perdana Menteri itu lagi, sokongan orang-ramai kepada KeADILan semakin kuat. Rakyat marah dengan pentadbiran Abdullah Badawi yang lemah. Kenaikan harga barang menekan kos kehidupan rakyat, dan ibu-bapa bertambah tertekan memikirkan keselamatan anak-anak mereka dengan jenayah culik dan rogol yang semakin menjadi-jadi.

 

"Rakyat semakin dibebankan oleh kenaikkan harga, jenayah dan rasuah yang berleluasa, serta hubungan etnik yang semakin merosot. Semakin Barisan Nasional berlengah membubarkan Parlimen, semakin banyak kerusi akan tumbang," katanya lagi.

 

Tiada lagi yang selamat, tiada lagi yang senang. Harga minyak dan tol dijangka naik sejurus selepas BN memenangi pilihanraya. Beliau yakin rakyat sudah cukup bijak untuk menilai siapa yang harus menjadi kerajaan selepas PRU-12 nanti.

 

Menghadapi pilihanraya ini, KeADILan mengemukakan lima Janji kepada rakyat sekiranya Barisan Alternatif menjadi kerajaan. Kerajaan BN jelas tidak senang dengan penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan gaji minima RM1500 untuk semua pekerja meskipun ia menjanjikan kehidupan yang lebih selesa.

 

"Kami sudah lama bersiap-sedia menghadapi pilihanraya ini. Bersama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain, kami bersedia untuk memulihkan prestasi Malaysia yang kian merosot dan membela hak dan nasib semua rakyat Malaysia."

 

Jelas Anwar, pemerintah melakukan apa sahaja bagi menghalang kemaraan Barisan Alternatif. Kerajaan memanipulasi sistem pilihanraya, menyekat media dan jentera kerajaan dipergunakan sesuka-hati meskipun ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

 

"Pilihanraya ini diisytiharkan lebih daripada setahun awal, semasa perayaan Tahun Baru Cina masih berterusan, dan sebulan sebelum saya dibenarkan bertanding. Menafikan hak saya untuk bertanding hanya mendedahkan bahawa prestasi pimpinan Barisan Nasional telah cukup parah sehingga mereka tidak sanggup mengambil sebarang risiko dalam pilihanraya akan datang ini," tegas pemimpin karismatik itu.

Last Updated ( Friday, 15 February 2008 16:20 )
 
Rakyat Siap Sedia Boikot Media Perdana – Gasak PDF Print E-mail
Written by ainis azreen   
Friday, 15 February 2008 16:15

Gerakan Anti Salah Maklumat (Gasak) bersedia mengadakan kempen besar-besaran memboikot rangkaian media perdana yang keterlauan memfitnah dan membohongi rakyat.

 

Setiausaha Gasak, Hasmi Hashim dalam kenyataan media 14 Februari menjelaskan bahawa Gasak akan terus memantau laporan setiap saat bagi memastikan badna-badan media negara ini memberi laporan adil kepada semua parti yang bertanding dalam Pilihanraya Umum 12 nanti.

 

"Dengan jaringan yang kami ada, Gasak tidak teragak-agak untuk melancarkan boikot cukup besar terhadap mana-mana badan media yang didapati membuat propaganda keterlaluan, laporan berat sebelah dan salah," kata Hasmi.

 

Desakan ini katanya berdasarkan bukti yang dikumpulkan sejak bebreapa bulan menjelang pembubaran Parlimen 13 Februari lalu. Katanya, media perdana masih jelas membuat laporan berat sebelah dan hanya cenderung keapda parti pemerintah.

 

"Alasan editor atau media utama salami ini yang kononnya terpaksa tunduk kepada parti atau pemimpin pemerintah sudah tidak boleh diterima lagi pada kala ini kerana kerajaan telah dibubarkan," jelas Hasmi dan berkata semua parti politik berdiri sama-rata dan berhak untuk bersaing secara sihat.

 

"Oleh itu, semua badan media wajar memahami erti demokrasi, bersikap matang dan profesional demi kebaikan negara."

Last Updated ( Friday, 15 February 2008 16:21 )
 
Early Malaysian poll date may keep Anwar out PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 14 February 2008 09:23
Malaysia's Election Commission has set down Saturday March 8 as the date for the country's next general election, 14 months earlier than expected.

Malaysian Prime Minister Abdullah Badawi says he wants a new mandate to introduce new development and economic policies.

However the government's critics see the snap poll as a way to keep opposition leader Anwar Ibrahim out of the race.

Dr Anwar is not eligible to re-enter politics until April because of a nine-year-old corruption conviction.
 
Poster PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 14 February 2008 09:11
Last Updated ( Thursday, 14 February 2008 09:22 )
 
Perubahan harus dilaksana PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 12 February 2008 09:17
Article Index
Perubahan harus dilaksana
Page #
All Pages

Salam rakan-rakan AIC.

Dalam pilihanraya akan datang, saya memohon agar ahli-ahli AIC mengaktifkan diri dalam kempen untuk membantu Barisan Alternatif dan seterusnya menjadikan parti-parti Alternatif seperti KeADILan, PAS dan DAP mendapat mandat dalam parlimen 2/3 ataupun mengurangkan majoriti Barisan Nasional dan Umno.



 
Banner
Copyright © 2008 Reformasi Trooper. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Polls

Adakah BN akan tewas dalam pilihanraya kali ini?
 

Who's Online

We have 1 guest online

Advertisement

Featured Links:
Joomla!
Joomla! The most popular and widely used Open Source CMS Project in the world.
JoomlaCode
JoomlaCode, development and distribution made easy.
Joomla! Extensions
Joomla! Components, Modules, Plugins and Languages by the bucket load.
Joomla! Shop
For all your Joomla! merchandise.